Honor MagicBook 15 Laptop ‘mesra poket’

SUDAH menjadi norma baharu untuk semua lapisan masyarakat termasuk organisasi mengadaptasi ‘Bekerja Dari Rumah’ atau ‘Work From Home’ sejak tahun lalu untuk mendepani situasi pandemik Covid-19.

Keadaan itu mengakibatkan peningkatan permintaan untuk produk segmen laptop terutamanya yang bersifat ‘mesra poket’ serta menawarkan spesifikasi baik untuk tugasan rutin.

Pengguna juga cenderung untuk memiliki peranti yang mempunyai keupayaan bateri sepanjang hari biarpun penggunaan optimum termasuk memiliki rekaan elegan.

Penulis ingin mencadangkan kepada pengguna di luar sana untuk melihat peranti baharu keluaran Honor iaitu MagicBook 15 kerana ia memenuhi setiap keperluan yang dicari-cari oleh pengguna.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Honor MagicBook 15 menggunakan pemproses Intel Core i5 Generasi ke-11 bersama-sama padanan memori (RAM) 16GB dengan binaan DDR4 serta skrin paparan bersaiz 15.6 inci.

Resolusi Honor MagicBook 15 adalah 1920 x 1080 dan turut mendapat pengiktirafan persijilan cahaya biru rendah daripada TUV Rheinland.

Perakuan pengiktirafan itu memberi keselesaan kepada mata pengguna biarpun untuk penggunaan tempoh masa skrin yang panjang berbeza dengan laptop lain.

Sesuai dengan laptop produktiviti, Honor MagicBook 15 dilengkapi dengan sistem storan 512GB SSD bersama-sama padanan kad grafik Intel Iris Xe.

Laptop ini juga didatangkan dengan sokongan sambungan Internet Tanpa Wayar (WiFi) Generasi Keenam (WiFi 6) bagi mengelakkan kelengahan serta kestabilan kelajuan sambungan terutamanya ketika sidang video.

Honor MagicBook 15 turut mempunyai daya ketahanan baik dengan kerangka aloi aluminium serta tidak mudah tercalar termasuk ciri lain termasuk teknologi pengecasan pantas 65W yang disokong USB jenis C bersama-sama bateri yang mampu mencapai tahap 46 peratus selepas pengecasan selama 30 minit.

Seperti yang penulis nyatakan, pengguna sangat cenderung untuk memiliki peranti yang nipis serta ringan untuk memudahkan pengguna membawa ke mana saja peranti ini.

Honor MagicBook 15 hanya mempunyai berat 1.56 kilogram (kg) dan ketebalan 16.9 milimeter (mm) sekali gus sesuai untuk pengguna yang sentiasa bergerak.

Secara keseluruhannya, Honor MagicBook 15 adalah sebuah peranti yang baik dengan penawaran spesifikasi yang sesuai untuk tujuan produktiviti.

Keupayaan bateri boleh dikategorikan pada tahap sederhana untuk kapasiti penuh (full load) dan kekurangan berkenaan berjaya diperbaiki dengan tahap pengecasan pantas yang ditawarkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*