Huawei Lancar Telefon Model Y9s

HUAWEI dijangka akan melancarkan peranti terbaru keluarannya dan pada kali ini, ia mungkin dikategorikan dalam kelas pertengahan dengan penampilan skrin paparan lebih besar.

Peranti berkenaan adalah Huawei Y9s yang dilengkapi dengan ciri keselamatan imbasan cap jari diletakkan di bahagian tepi dan paling menarik adalah sistem berkenaan mampu membuka kunci dengan kadar masa 0.3 saat.

Ia juga adalah integrasi butang kuasa dan sensor cap jari imbasan. Pengguna yang mahu menggunakan pembantu suara boleh menekan butang sama pada kadar satu saat manakala untuk menutup peranti dengan kadar tiga saat.

Peranti itu menggunakan kamera swafoto pop-naik dengan keupayaan 16 megapiksel dan ia dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk mencantikkan gambar yang dirakam.

Ia menggunakan skrin 6.59 inci selain penggunaan kamera tiga lensa berkeupayaan 48 megapiksel. Buat masa ini, tiada maklumat lanjut berhubung pelancaran rasmi peranti berkenaan untuk pasaran tempatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*