Huawei MatePad Pro 12.9 inci Teknologi Paparan OLED FullView

Kuala Lumpur: Syarikat elektronik gergasi, Huawei melancarkan tablet baharu mereka iaitu Huawei MatePad Pro sekali gus melengkapkan barisan produk untuk generasi MatePad.

Tablet itu dilengkapi dengan skrin paparan 12.9 inci serta dikuasakan pemproses Kirin 9000E untuk kelancaran setiap pelancaran aplikasi.

Huawei MatePad Pro 12.9 inci itu juga dilengkapi dengan teknologi paparan OLED FullView bersama-sama pensil pintar Huawei M-Pencil Generasi Kedua.

Sesuai dengan tablet prestasi tinggi, MatePad Pro 12.9 ini dipadankan dengan memori (RAM) 8GB bersama-sama 256GB storan termasuk kapasiti bateri 10,050mAh.

Kapasiti bateri berkenaan mampu untuk bertahan sepanjang hari dan pengguna juga tidak perlu bimbang untuk tempoh pengecasan kerana ia didatangkan dengan 40W Huawei SuperCharge.

Tablet berkenaan menyokong sistem sambungan Internet Tanpa Wayar (WiFi) Generasi Keenam (WiFi 6).

Peranti ini juga mudah dibawa ke mana saja dan ia sememangnya direka untuk pengguna yang sering bergerak.

Teknologi paparan dipertingkatkan Huawei ClariVu juga memberi pengalaman yang lebih baik kepada pengguna termasuk penjagaan mata untuk tempoh panjang di hadapan skrin.

Pengguna yang ingin mendapatkan tablet berkenaan boleh melakukan pra tempahan bermula hari ini sehingga 17 Jun pada harga bermula RM3,999.

Sebarang pra tempahan berkenaan, pengguna akan menikmati peralatan bernilai RM1,747.

Ia termasuk pensil pintar Huawei M-Pencil, papan kekunci magnetik, tiga bulan storan awanan 50GB dan sebulan akses Huawei Video.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*