Laptop Asus Zephyrus G14 VHA231T Berbaloi Untuk Gamer

ADA segelintir pengguna yang lebih cenderung untuk memiliki laptop kelas permainan berbanding desktop konvensional memandang peranti berkenaan boleh dibawa ke mana saja dan mampu digunakan untuk tujuan produktiviti harian.

Namun, kebanyakan laptop kelas permainan atau berprestasi tinggi ini mempunyai tanda harga yang ‘keras’ memandangkan ia memiliki komponen perkakas paling maju yang ditawarkan di pasaran.

Untuk itu, pengguna boleh cuba melihat laptop terbaharu keluaran ASUS menerusi produk Republic of Gamers (ROG) iaitu Zephyrus G14 yang ditawarkan dalam lapan variasi berbeza bermula pada harga RM4,499 hingga RM7,699.

ASUS ROG Zephyrus G14 kali ini menggunakan padanan pemproses AMD Ryzen 5 4600HS untuk tiga variasi permulaan, Ryzen 7 4800HS untuk variasi pertengahan dan empat variasi kelas tinggi menggunakan pemproses Ryzen 9 4900HS.

Pengguna juga mempunyai pilihan dalam padanan kad grafik bermula Nvidia GeForce GTX 1650 TI sehingga RTX 2060 Max-Q bergantung kepada kegunaan serta sudah pasti tanda harga yang berbeza.

Menyentuh dua variasi kelas tinggi yang menggunakan siri ‘VHA231T’ dan ‘VHA232T’ dilengkapi dengan Ryzen 9 4900HS 3.0Ghz dan dipadankan bersama RTX 2060 Max-Q.

Skrin paparan bagi dua peranti ini menggunakan definisi 2K WQHD dalam resolusi 2570 x 1440 panel IPS dan kadar segar semula 60Hz.

ASUS ROG bijak melakukan padanan memori (RAM) apabila peranti ini dilengkapi dengan 8GB 3200Mhz DDR4 dan mempunyai satu slot kosong untuk pengguna menaik taraf kapasiti mengikut keperluan.

Storan juga menggunakan 1TB PCIe NVMe SSD yang menawarkan kuasa pemindahan data pantas berbanding dengan sistem storan konvensional.

Tanda harga bagi dua model ini adalah RM7,699 dengan spesifikasi terkini. Ia adalah laptop kelas prestasi yang mempunyai tanda harga yang sangat baik.

Spesifikasi Zephyrus G14 VHA231T

Pemproses : Ryzen 9 4900HS

Kad grafik : RTX 2060 Max-Q

RAM : 8GB

Storan : 1TB PCIe NVMe

Paparan : 14 inci IPS 60Hz

Harga : RM7,699

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*