LENOVO YOGA S730 Menampilkan Kelainan Yang Luarbiasa

Lenovo tampilkan kelainan dengan pelancaran tiga model terbaru laptop dibawah siri YOGA selain berkolaborasi dengan jenama ‘streetwear’ USA, Nerd Unit.

Berciri tahan lasak selain memfokuskan kepada kualiti premium, spesifikasi tiga model terbaru iaitu Yoga S730, Yoga C930 dan Yoga Book C930 ini dinaik taraf untuk pasaran terkini.

Dengan ketebalan hanya 11.9mm, Yoga S730 dikategorikan sebagai paling nipis dalam kelasnya. Diperbuat daripada bahan aluminium berkualiti tinggi dengan berat1.2kg, model ini turut menawarkan keupayaan prosesor Intel Core i7 Gen8 yang dimasukkan bersama memori 16G selain memuatkan setoran sehingga 1TB.

Menariknya tentang Yoga C930 terletak pada keunikan ‘sound bar’ yang mana ia boleh diputar sehingga 360 darjah tanpa menganggu kualiti bunyi.

LENOVO Yoga C930

Selain itu, kedudukan dua subwoofer dan dua pembesar suara boleh diputar dan berubah mengikut orientasi skrin.

Bagi Yoga Book C930, papan kekuncinya boleh diubah menjadi skrin lakaran dan anda boleh menggunakannya untuk melukis kerana didatangkan dengan pen lakaran. Skrin E Ink ini turut bermanfaat bagi pembaca buku elektronik.

LENOVO Yoga Book C930

LENOVO YOGA S730

• HARGA: Bermula RM3,859

• TARIKH DIJUAL: 1 Disember 2018

• PEMPROSESAN: Intel Core i7 atau i5 Gen8

• OS: Windows 10 Pro

• GRAFIK: Intel HD 620 graphics

• PAPARAN: 13.3” FHD (1920×1080)

• MEMORI: 16GB /8GB LPDDR3

• STORAN: 1 TB PCIe SSD / 512 GB PCIe SSD / 256 GB PCIe SSD / 128 GB PCIe SSD

• AUDIO: Dolby Atmos

• BATERI: Sehingga 10 jam Rapid Charge

• BERAT: 1.2kg

• PORT: 2 x USB-C 3.1 Gen 2, USB-C 3.1 Gen 1, Headphone/mic combo jack

LENOVO YOGA C930

• HARGA: Bermula RM 6,044

• TARIKH DIJUAL: Sudah berada di pasaran

• PEMPROSESAN: Intel Core i7 Gen8

• OS: Windows 10 Home

• GRAFIK: Intel HD 620 graphics

• PAPARAN: 13.9” FHD / UHD (1920×1080 / 3840 x 2160)

• MEMORI: 16GB / 12GB/ 8GB LPDDR3

• STORAN: 1 TB PCIe SSD / 512 GB PCIe SSD / 256 GB PCIe SSD

• AUDIO: Dolby Atmos

• BATERI: Sehingga 14.5 jam (FHD), 9 jam (UHD)

• BERAT: 1.38kg

• PORT: 2 x USB-C (ThunderboltT 3 USB-C, PD, DP, USB 3.1, Audio combo jack

LENOVO YOGA BOOK C930

• HARGA: Belum diumumkan

• PEMPROSESAN: Intel Core i5 Gen7

• OS: Windows 10 Home

• GRAFIK: Intel HD 615 graphics

• PAPARAN: 10.8” QHD (2560×1600)

• MEMORI: 4GB LPDDR3

• STORAN: 256GB SSD

• AUDIO: Dolby Atmos

• BATERI: Sehingga 8 jam

• BERAT: 775g

• PORT: 2 x USB-3.1 (Gen 1) Type-C, kad microSD

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*