Redmi 9T Sangat Berbaloi dengan harga RM599

Pengeluar telefon pintar mampu milik terkemuka, Xiaomi sebentar tadi mengumumkan pelancaran dua telefon pintar baharu mereka iaitu Redmi 9T.

Bagi peranti Redmi 9T, ia dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 662 binaan 11nm bersama padanan variasimemori (RAM) 4GB dan 6GB mengikut pilihan pengguna.

Redmi 9T menggunakan tetapan kamera kuad iaitu lensa utama berkeupayaan 48 Megapiksel (MP) dengan bantuan Kecerdasan Buatan (AI), 8MP lensa sudut ultra lebar, 2MP lensa makro dan 2MP sensor kedalaman.

Paparan pula berkeluasan 6.53 inci Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+) dengan kadar kecerahan 400 nits.

Kapasiti bateri pula didatangkan dengan 6,000mAh keupayaan pengecasan pantas 18W dan dilengkapi dengan pengecas 22.5W bersama sokongan USB-C.

Sokongan jaringan telekomunikasi pula didatangkan dengan kad SIM berkembar termasuk MikroSD yang boleh ditambah sehingga 512GB.

Peranti berkenaan berada di pasaran bermula 15 Januari ini dengan harga RM599 bagi variasi 4GB bersama 64GB storan dan 6GB (128GB) pada harga RM699.

Kedua-dua variasi berkenaan boleh dibeli secara atas talian menerusi kedai ramis Xiaomi di Lazada dan Shopee atau mana-mana kedai rasmi di seluruh negara.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*