Samsung Galaxy A51 Specifikasi Pilihan Pengguna

TELEFON pintar kelas pertengahan keluaran syarikat gergasi elektronik, Samsung iaitu siri Galaxy A51 menjadi peranti paling laris di pasaran dan pilian utama pengguna yang tidak mempunyai bajet ‘keras’.

Ia berdasarkan daripada laporan sebuah firma pemantauan antarabangsa dalam suku pertama tahun ini apabila peranti keluaran syarikat berkenaan menjadi pilihan pengguna untuk kelas pertengahan.

Laporan berkenaan menyatakan bahawa sebanyak enam juta unit untuk siri berkenaan sudah diedarkan di semua negara terutamanya membabitkan benua Eropah dan Asia.

Selain itu, Samsung Galaxy A10s berada di kedudukan keempat dengan pegangan pasaran 1.6 peratus, diikuti Samsung Galaxy A20s berada di tangga keenam dengan pegangan pasaran 1.4 peratus pada suku pertama tahun ini.

Galaxy A series membawa inovasi kepada keperluan consumer dengan tiga faktor penting iaitu keupayaan kamera, skin paparan dan ketahanan bateri.

Kebanyakan pengguna pada hari ini cenderung untuk memilih peranti pintar yang mampu bertahan sepanjang hari selain prestasi kamera yang sangat baik.

Berdasarkan spesifikasi, peranti berkenaan dikuasakan mengguna pemproses Exynos 9611 yang dipadankan bersama kapasiti memori (RAM) 8GB.

Samsung juga menggunakan tetapan kamera utama 48 megapixel (MP), lensa sudut lebar 12MP, 5MP lensa makro dan 5MP lensa ‘depth’.

Kapasiti bateri 4,000mAh dan berkeupayaan untuk sistem pengecasan pantas 15W bagi memudahkan pengguna tanpa perlu menunggu lama untuk bateri penuh.

Spesifikasi

Pemproses : Exynos 9611

RAM : 8GB

Kamera utama : 48MP + 12MP + 5MP + 5MP

Bateri : 4,000mAh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*