Samsung Galaxy A52 dan A72 Sangat Awesome

Kuala Lumpur: Pengeluar peranti pintar terkemuka, Samsung hari ini melancarkan secara rasmi siri Galaxy A dengan memberi nafas baru kepada barisan peranti kelas berkenaan.

Model baharu itu diperkenalkan ketika sesi Galaxy Awesome Unpacked sebentar tadi.

Ia termasuk memperkenalkan model baharu Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72 serta kemas kini spesifikasi sesuai dengan keadaan semasa.

Menyentuh aspek spesifikasi bagi Samsung Galaxy A72, ia dikuasakan dengan pemproses Octa Core yang dipadankan bersama memori (RAM) 8GB.

Peranti ini juga menggunakan skrin lebih besar bersaiz 6.7 inci dengan teknologi paparan Super AMOLED Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+).

Paparan peranti pintar ini menggunakan kadar segar semula 90Hz sekali gus sesuai untuk permainan mudah alih dalam kalangan generasi muda hari ini.

Samsung Galaxy A72 menggunakan tetapan empat lensa iaitu lensa utama berkeupayaan 64 megapiksel (MP) dengan sensor OIS manakala untuk lensa ketua 12MP sudut ultra lebar, 5MP sensor makro dan lensa telefoto 8MP.

Bagi Samsung Galaxy A52 pula, ia menggunakan saiz skrin 6.5 inci dengan teknologi paparan Super AMOLED.

Peranti ini juga menggunakan tetapan empat lensa iaitu lensa utama 64MP, lensa sudut ultra lebar 12MP, lensa makro 5MP dan lensa kedalaman 5MP.

Kapasiti bateri untuk Samsung Galaxy A72 adalah 5,00mAh dan 4,500mAh untuk A52.

Kedua-dua peranti ini menggunakan sistem pemproses yang sama serta padanan RAM 8GB termasuk jumlah storan 256GB dan menyokong tambahan kad memori sehingga 1TB.

Samsung juga bijak memilih apabila kedua-dua peranti ini menyokong pengecas pantas 25W termasuk ciri khusus kunci biometrik wajah serta sensor cap jari.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*