Xiaomi Mi 11 Ultra Peranti Baharu Kelas Perdana

Pengeluar telefon pintar, Xiaomi memperkenalkan peranti kelas perdana mereka yang baharu iaitu Xiaomi 11 Ultra yang didatangkan dengan padanan kamera lebih baik.

Ketika pelancarannya semalam, Mi 11 Pro berkenaan menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 888 yang dipadankan bersama kapasiti memori (RAM) 12GB.

Saiz skrin untuk peranti ini adalah 6.81 inci bersama paparan AMOLED QHD+ bersama sokongan kadar segar semula 120Hz adaptif.

Mi 11 Ultra berkenaan menggunakan tetapan tiga lensa di bahagian belakang dengan kamera utama berkeupayaan 50 megapiksel (MP) ISOCELL GN2 sekali gus menghasilkan kualiti gambar terbaik dalam kelasnya.

Selain lensa utama, Mi 11 Ultra juga didatangkan dengan lensa 48MP IMX586 berkeupayaan untuk lima kali pembesaran optikan, 10 kali pembesaran hibrid dan 120 kali pembesaran digital.

Bagi lensa ketiga pula, ia berkeupayaan 48MP sudut ultra lebar dengan sensor Sony IMX586 untuk menghasilkan pandangan 128 darjah tanpa sebarang masalah.

Paparan peranti kelas perdana XIaomi ini juga didatangkan dengan lengkungan di semua penjuru yang menghasilkan kadar kecerahan 1,700 nits.

Padanan lensa berkuasa berkenaan berjaya menjadikan Mi 11 Ultra merekodkan markah 143 untuk DxOMark dan pengguna tidak perlu menghadapi sebarang masalah untuk merakam gambar dalam apa jua keadaan.

Peranti ini juga mampu untuk merakam video pada resolusi maksimum 8K 30p dan XIaomi menyifatkan bahawa ia adalah peranti kelas studio yang pertama ditawarkan kepada pengguna.

Spesifikasi Mi 11 Ultra

Pemproses: Snapdragon 888

RAM: 12GB

Storan: Sehingga 512GB

Kamera: 50MP + 48MP + 48MP

Skrin: 6.81 inci

Paparan: AMOLED QHD+

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*