03 Jenis Model Xiaomi yang Menyokong Penggunaan Simkad 4G LTE

Jenama Xiaomi adalah antara jenis telefon yang agak terkenal dan namanya jenama ini naik di pasaran dunia pada tahun 2015-2017. Jenama ini juga banyak mengeluarkan model yang sangat bagus dan murah lebih – lebih lagi performance diminati ramai.

Banyak juga model jenama Xiaomi yang bagus dengan harga yang berpatutan dan tidak dinafikan model awal pengeluaran jenama ini juga tidaklah mempunyai fungsi 4G LTE seperti mana jenama – jenama yang lain.

 Walau bagaimanapun, jenama ini ingin menerjah pasaran yang luas dengan pesaing – pesaing jenama besar yang lain sudah pasti setiap model yang dikeluarkan terkini pasti dan pasti perlu menambah fungsi seiring dengan keluaran jenama lain. Oleh itu, antara jenama Xiaomi yang mempunyai fungsi menyokong pengunaan simkad 4G LTE adalah seperti berikut:

  1. – Redmi Note 3
  2. – Redmi Note 3 Pro
  3. – Mi Max

Ramai yang tidak tahu bahawa jenama inilah antara jenama yang sesuai bagi pengguna yang kekurangan bajet dalam penggunaan telefon canggih. Hal ini kerana jenama ini mengeluarkan model yang fungsinya agak ke depan dengan harga yang mampu milik sudah pasti ramai orang golongan sederhana akan membeli dan memilikinya berbanding dengan jenama lain.

Saya sendiri juga pernah berhajat untuk membeli model Mix Max dengan harga yang berpatutan dilengkapi fungsi yang akan canggih selari dengan model – model keluaran jenama besar seperti Samsung, Sony dan lain – lain. Apabila diukurkan dari segi specification lebih berbaloi memiliki Mix Max bendang Samsung J dan sebaganya yang harganya lebih kurang sama.

Bagi mana – mana pengguna Xiaomi anda boleh semak sama ada telefon yang anda pakai sekarang menyokong 4G LTE atau pun tidak. Saya yakin dan pasti pada 2018 ini setiap model yang dikeluarkan sudah pasti menyokong fungsi 4G LTE sekiranya tidak pasti sukara untuk dipasarkan. Dalam pemilihan dan penggunaan telefon ini pilihlah yang sesuai dengan harga dan fungsi disamping mengikut kemampuan sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*