Honor 9 Lite dihasilkan untuk Lebih Kecantikan

Memiliki sebuah telefon pintar yang datang dengan kamera terbaik pada harga berbaloi memang menjadi idaman.

Maklumlah, bajet yang ketat perlu disesuaikan, jadi fon mana paling sesuai untuk menepati faktor di atas?

Penulis melihat model Honor 9 Lite yang mempu­nyai empat kamera pada harga RM749!

Itulah yang menjadi sasaran terutama ketika musim perayaan untuk merakam foto nanti.

Melihat pada kameranya, Honor 9 Lite ini mempunyai empat kamera dengan dua lensa depan dan dua lagi di belakang masing-masing beresolusi 13MP + 2MP.

Ia sekali gus membenarkan rakaman imej yang cantik dengan ciri dalam kamera berbeza di mana saja dan untuk apa jua keadaan. Ditambah pula dengan ciri ‘ in-depth beautification’ yang hebat, Honor 9 Lite mampu menyerlahkan wajah cantik anda.

Sudah pasti dengan kamera yang ada, anda boleh merakam potret menerusi kamera belakang menyaksikan kelengkapan wide aperture f2.0 dan satu sensor merakam perincian imej dengan jelas kemudian mengumpulkan bersama maklumat depth of field.

Hasilnya? Ia sekali gus memastikan kesan bokeh pada swafoto yang nampak sangat asli.

Bukan itu saja, anda boleh tetapkan ‘beauty level’ me­ngikut kesesuaian.

Kamera depan pula mempunyai satu ciri menarik dipanggil Gesture Control yang membenarkan anda pose dengan lebih baik.

Apabila anda lambaikan tangan, kamera depan Honor 9 Lite akan mengaktifkan masa selama dua saat sebelum merakam gambar.

Ada juga mod panorama pada kamera depan. Terima kasih kepada wide angle yang ada, anda hanya perlu leret ke kiri pada kamera dan pilih panorama. Tekan butang shutter dan rakam foto pertama.

Ingatkan, sekadar itu saja yang mampu dibuat, penulis mencuba pula Moving Picture yang membolehkan anda memperoleh video pendek tiga saat setiap kali anda menekan butang shutter ketika merakam gambar.

Honor 9 Lite mempunyai rekaan cantik berbaloi de­ngan harganya apabila gelas 2.5D yang dipasang bersama lapisan nano dengan kemasan sehingga 12 lapisan sekali gus menjadikan bahagian belakang seakan cermin.

Pada saiz 5.2 inci, is sebenarnya skrin FullView yang menawarkan saiz sebenar 5.65 inci HD hujung ke hujung iaitu skrin tanpa bezel. Kualiti paparan? Lebih hebat dari flagship, Honor 9 dengan 18:9 FHD+ yang tinggi.

Paparan 18:9 FHD+ FullView pada Honor 9 Lite ini hampir sama dengan nisbah 21:9 yang digunakan dalam panggung wayang. Sudah pasti, menonton siri atau filem tak lagi membosankan. Dari aspek ini saja, perbelanjaan anda untuk RM749 cukup berbaloi.

Skrin FullView pula memudahkan kerja. Bak kata orang, senang nak buat ‘multitasking’ dengan skrin yang besar pada badan fon yang senang pegang. Ia dibolehkan dengan fungsi split screen hanya dengan sekali sentuh saja untuk mengaktifkannya.

Konfigurasi Honor 9 Lite ini memang premium de­ngan prosesor 16nm octa-core Kirin 659 sudah dipasang dengan 2.36GHz dan juga GPU menghasilkan fon yang laju! Bermain game? Tiada masalah.

Ciri pengimbas cap jari 4.0 pula menjadikan operasi lebih lancar apabila pengimbas cap jari mampu membuka fon dengan pantas iaitu selaju 0.25s.

Setakat ini, sistem operasi EMUI 8.0 yang dikuasakan Android 8.0 mampu menjadikan prestasi laju apabila menghasilkan 30 peratus kurang ‘fragmensi’ dan 50 peratus penambahan pada kadar identifikasi tabiat pengguna.

EMUI 8.0 juga menjadikan Honor 9 Lite lebih pintar apabila menyusun aplikasi dibuka secara cemerlang apabila fon berada dalam keadaan melintang.

Selain itu, paparan FullView dilengkapi fungsi Anti-mistouch yang mengenalpasti 65 senario apabila anda mungkin tersalah tekan pada skrin misalnya, pipi, tangan, beg dan banyak lagi daripada menjadikan paparan pada skrin hilang, mengurang pembaziran tenaga dan tertekan skrin.

Lebih menarik apabila fon ini akan memaparkan visual mengikut keselesaan mata anda. Misalnya anda sedang menonton video dalam gelap untuk tempoh masa yang lama, Honor 9 Lite akan mengurangkan jumlah cahaya untuk mengelakkan sakit mata.

Be the first to comment

Leave a Reply